Me, You and Soccer

All about soccer. Love the Game.

Tempahan kain rentang meningkat




Mohamed Aniff (kiri) bersama isterinya, Zarini Riana Zainal melihat kain rentang baru dicetak, kelmarin.


KUALA KRAI - Syarikat percetakan terbesar di Kuala Krai mengenakan harga rendah ke atas tempahan stiker dan kain rentang sempena perlawanan akhir Piala Fa, pertemuan Kelantan menentang Lions XII FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, berlangsung Sabtu ini.



Pengarah Urusan Krai D'sign, Mohamed Aniff Mohamed Ariffin berkata, dia memberikan potongan harga 40 peratus daripada harga asal sebagai tanda sokongan syarikatnya terhadap pasukan The Red Warriors (TRW) yang layak ke pentas akhir perlawanan berkenaan.



Menurutnya, bukan mudah untuk pasukan TRW melayakkan diri ke pentas perlawanan akhir.



"Justeru, sebagai penghargaan kepada TRW, saya kurangkan harga bagi setiap tempahan untuk penyokong TRW sama ada stiker atau kain rentang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.



Mohamed Aniff berkata, sejak TRW berjaya menewaskan pasukan Pahang, tempahan telah mula diterima.



"Hari pertama paling banyak dan hampir setiap hari memang ada sahaja tempahan diterima melibatkan stiker dan kain rentang.



"Kebiasaannya, stiker ditempah dilekatkan di bahagian depan dan tepi kereta, tetapi ada juga penyokong setia TRW sanggup menampalnya di sekeliling kenderaan," katanya yang turut sediakan perkhidmatan melekatkan stiker pada kenderaan.



Menurutnya, kejayaan TRW sudah pasti melonjakkan semangat penyokong untuk turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur sama ada secara sendirian atau berkumpulan.



"Sebagai satu khidmat masyarakat kepada penyokong, kami turut meletakkan kain rentang peringatan kepada penyokong TRW di Gua Musang agar sentiasa berhati-hati sepanjang perjalanan ke Stadium Nasional Bukit Jalil," katanya.



Malah katanya, bagi membangkitkan semangat pemain dan penyokong, dia turut membawa kain rentang dengan kata-kata semangat untuk pemain ke stadium nanti.


IFTTT

Put the internet to work for you.

Delete or edit this Recipe

Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Tempahan kain rentang meningkat"

 
Copyright © 2014 Me, You and Soccer - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia