Najib Tun Razak (kanan) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki keretapi laju Shinkansen dari Tokyo ke Sendai untuk menghadiri perjumpaan bersama-sama pelajar di sebuah universiti hari ini. - Foto Bernama
TOKYO - JEPUN. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasai sendiri pengalaman menaiki Shinkansen, kereta api laju terkemuka Jepun, yang memecut dengan kelajuan 320km sejam.
Diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Najib menaiki kereta api Hayabusa 15 Shinkansen itu pada pukul 10.40 pagi (9.40 waktu Malaysia) untuk ke bandar raya Sendai kira-kira 325km dari sini.
Perjalanan itu mengambil masa 96 minit, berbanding lebih empat jam melalui jalan raya.
Turut serta ialah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dan Duta Malaysia di Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris.
Terdahulu, Najib dan delegasi Malaysia diberikan taklimat mengenai perkhidmatan kereta api Shinkansen dan pembangunan di sekitar Stesen Tokyo oleh para pegawai syarikat kereta api East Japan Railway Company, yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Tetsuro Tomita.
Tetsuro memberitahu perdana menteri bahawa kereta api yang dinaikinya ke Sendai menggunakan teknologi terkini. - Bernama
Orignal From: Najib naik kereta api laju Shinkansen
0 Komentar untuk "Najib naik kereta api laju Shinkansen"